Tuesday, August 12, 2008

Tips tipu anak cara bijak


Kadang - kala bila kita gi beli belah walau di mana saja sekalipun hatta ke pasar malam..pasti anak kecik akan nak mintak belikan mainan utknya...kalau tak dapat dia akan mula meragam sampai mak bapak hilang mood nak beli barang..ataupun akhirnya akan beli jugak utk dia walaupun dlm hati punyalah marah dan geram..

apalagi suka lah anak tu,sampai tak cukup bakul nak simpan mainannya.perkara sebegini akan berlarutan setiap kali kita membeli belah.mana boleh tahan! Jadi di bawah ini saya berikan tips bagaimana nak perdayakan anak cara bijak...jeng!jeng!jeng!

1. Sebelum keluar dari rumah,ambil plastik hitam dan masukkan beberapa mainan anak ke dalamnya. Tapi,pastikan mainan itu bukan yg baru beli,mesti yg dah agak lama dan yg paling penting anak tak nampak kita buat keje ni..

2. Sorokkan dalam handbag maknya.

3. Masa sedang membeli belah,suruhlah bapaknya menghilang sekejap.Kalau anak tanya,'abah gi mana tu?",jawab aja abah gi beli barang sekejap.

4. Tetiba bapaknya pun muncullah entah dari arah mana pun dia tak tahu sambil membawa bungkusan plastik hitam. Anak akan bertanya, 'apa tu abah?'..maka bapaknya akan menjawab..'abah gi beli mainan utk Aiman la ni'

5. Jadi,anak pun akan rasa sukanya di dalam hati apabila bapaknya ada membelikan mainan utknya tanpa perlu bersusah payah meragam dan merengek. Walaupun di dalam hatinya akan berkata...macam kenal je mainan ni...

6. Jika anak tu masih bertanya itu dan ini,pandai - pandai lah jawab sendiri ye..

Sunday, August 10, 2008

Siapa Saya?

Nama sebenar :
Ultraman 3 - Syafi Aiman
Tun Teja - Alyaa Syuhada
Ibunya - Suraya Sabri
Abahnya - Syahrul Nizam

Semoga anak -anakku sihat sejahtera dan hidup dilimpahi dgn rahmat dan kasih Allah.Membesar menjadi insan yg berguna..I love you all...mmuuaahh!!!

Gambar Cikgu SMK Raja Mahadi

Askum...pada sume cecikgu petang SMK Raja Mahadi..ni dia gambar yg diambil masa high tea sempena majlis pepisahan Pn. Chua dan Pn Ramu..Buat jamuan kat Quality Hotel..tahun 2006 ( agaknya lah...maaf,dah lupa ). Masa tu En. Malek masih jadi Penyelia Petang..




Masa ni belum makan lagi..sume ngah kontrol perut..takut berbunyi.
Ngah makan...
Gambar ramai -ramai lepas kenyang perut suka hati..

Gambar 3 mak dara...

Kisah Tun Teja

Umur baru beberapa hari...aku tidur dalam iman...
Masa ngah bersiar - siar di luar umah...
Nyenyak nya tidur...almaklum malam tadi tak leh nak tido...saja je nak meragam kasi mak bapak aku jaga malam..he he.
Gambar pose maut!!!

Baru beberapa jam dilahirkan...selamat!!

Kisah Ultraman 3

Ni gambar saya masa tengah baby lagi...
Yg ni pulak masa saya nak berlepas ke planet Ultra.. bye!bye!
Yg ni masa saya dah sampai ke planet Ultra...manyak bagus ooo...
Kembalinya ke bumi selepas penat berjuang di sana..huh!
Mendapat pengiktirafan dari ketua planet Ultra..tabik tuan!!




Ultraman 3



Tun Teja




Ibu & Abah nya..

So,itulah serba sedikit tentang famili saya..Ultraman 3 dah umur 4 tahun, Tun Teja pulak baru 3 bulan setengah.



Friday, August 8, 2008

Salam Perkenalan

Askum..
Sebenarnya ni first time saya buat blog..saja jer tengok org lain buat blog macam best jer..so apa lagi saya pun nak try jugak la..
first story ,let me introduce myself..